The Baby Store Malaysia

Monday, March 30, 2009

Young Consultant Club (YCC)



Young Consultant Club (YCC) adalah sebahagian daripada program baru ACEM. Sasaran penubuhanYCC adalah untuk Jurutera Siswa dibawah umur 40 tahun yang bekerja sepenuh masa dengan firma perunding jurutera yang berdaftar dengan ACEM (The Association of Consulting Engineers Malaysia.


Syarat-syarat untuk memohon menjadi ahli adalah seperti berikut:

1)Pemohon berumur 40 tahun dan ke bawah
2)Berkelulusan “Kejuruteraan” dari mana-mana institusi
3)Berdaftar dengan “Board of Engineer Malaysia (BEM)”
4)Bekerja di firma perunding di mana firma tersebut berdaftar dengan “Assocation of
Consulting Engineers Malaysia (ACEM)”

Sekiranya seseorang pemohon tidak memenuhi keempat-empat kriteria yang ditetapkan, pihak kami akan membuat pertimbangan iaitu pemohon akan diletakkan ke dalam senarai “conditional approval member”. Sebagai contoh, sekiranya pemohon tidak berdaftar dengan BEM lagi, pihak ACEM YCC akan meletak nama pemohon tersebut ke dalam senarai conditional member dahulu, kemudian selepas pemohon mendaftar dengan BEM dan mendapat Registration No., baru lah akan disenaraikan sebagai ahli YCC.

Selepas pemohonan dibuat, borang akan diproses di mana akan disemak oleh Sekretariat YCC sehingga kepada Presiden ACEM. Surat akan dikeluarkan kepada pemohon oleh Sekretariat YCC sekiranya permohonan tersebut diluluskan atau pun tidak.

Borang Pendaftaran : Sila email Cik Liya (liya@rpm-engineers.com.my)

No comments: