The Baby Store Malaysia

Tuesday, May 26, 2009

Vacancy : Lembaga Urus Air Selangor

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

- Jurutera Awam (J41)
-Juruteknik Awam (J17)

JADUAL GAJI

GRED JADUAL GAJI
J41 : P1T1 RM2088.25 - P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 - P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 - P3T23 RM5306.79
J17 : P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
P2T1 RM896.00 - P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 - P3T26 RM2583.95

TARAF JAWATAN: KONTRAK

UMUR: (pada tarikh iklan ditutup)
  • Calon-calon lantikan terus mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun.
  • Bekas Anggota Tentera atau Polis yang telah menamatkan perkhidmatan dengan baik hendaklah tidak melebihi 45 tahun.


SYARAT LANTIKAN

JURUTERA AWAM J41
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JURUTEKNIK AWAM J17
  • Sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T9); dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang Pindaan. LUAS 2/2007 berharga RM1.00 yang boleh diperolehi di Tingkat 13, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
(b) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan kad pengenalan, surat beranak, sijil akademik dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan.
(c) Permohonan yang berikut akan ditolak:
i- tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
ii- tidak lengkap atau tidak terang;
iii- tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan;
v- tidak ditandatangani
(d) Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
Permohonan hendaklah dihantar kepada:
PENGARAH
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN
NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Sebelum atau pada 29 MEI 2009
(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

No comments: